Ronnie Tan

Ronnie Tan adalah President My Outlets Pte Ltd
My Outlets Pte Ltd adalah empunya kedai Global Halal Hub
Ronnie Tan dilahirkan sebagai Kristian Katholik
Ronnie Tan mempunyai seorang ayah yang merupakan orang kuat gereja
Ronnie Tan mempunyai 7 orang adik beradik
Bila Ronnie Tan memeluk Islam, dia dibuang oleh keluarga.

Nama Islam Ronnie Tan ialah Faizal Tan
Selepas memeluk Islam, Ronnie Tan meninggalkan terus amalan-amalan yang dilarang oleh syariat Islam.
Ronnie Tan sudah tak percaya kepada tenung nasib.
Ronnie Tan sedah tidak minum arak
Ronnie Tan tidak pernah ke rumah urut
Ronnie Tan tidak pernah berzina
Ronnie Tan juga tidak main judi
Ronnie Tan adalah bijak dan soleh
Jadilah seperti Ronnie Tan
Kerana hidup Ronnie Tan kini hanya untuk ALLAH.

(Troll Saya Rashid)

Saya bertemu Mr Ronnie Tan aka Faizal Tan di sebuah outlet Global Halal Hub di Woodlands.

Sewaktu saya melihat Global Halal Hub, saya terpegun. Di Singapura ada juga kedai yang hanya menjual produk-produk berstatus HALAL SAHAJA. Pastinya tiket Kuda, Toto atau Magnum tidak dijual di kedainya.

Saya masuk dan melihat produk-produknya. Saya tertarik, minuman Habbatus Saadah berkarbonat. Saya akhirnya didatangai seorang lelaki Cina, dengan senyuman memberi salam kepada saya ;;;

Ronnie : Assalamu alaikum. Can I help you sir ? ... dia menyapa lembut bersama senyuman.

Saya : Wa alaikumsalam. I am looking for cencaluk and budu. Do have the products here ?

Ronie : Sorry sir. I don't think we have it here. Actually what is cencaluk and budu ?

Saya : Cencaluk is small prawn sauce fermented with rice. While budu is anchoives sauce from Kelantan.

Ronnie : Subhanallah. Sorry sir, we don't have it here. InsyaALLAH I will try to have the products available.

Lalu kami bersembang. Dia menyatakan dia memeluk Islam pada usia yang muda, dalam keluarga pengamal Katholik yang taat. Beliau dihalau dan keluar rumah sehelai sepinggang tanpa wang. ....Ini bukan cerita atau kisah baru bagi saya. Majoriti anak murid saya yang muallaf mengalami peristiwa yang sama.

Ronnie meneruskan ceritanya ... berbekalkan IMAN, dia berusaha dengan kudrat yang ALLAH beri untuk terus melaksanakan syariat ALLAH dan berdoa kepada ALLAH mohon agar dikuatkan iman dan istiqamah mengamalkan syariat Islam. ....Tidak sedikit ujian dan masalah yang dihadapiny lebih-lebih lagi kos sarra hidup di Singapore agak tinggi. NAMUN .. alasan kos sara hidup tinggi, duit gtak ada, hutang banyak, BUKAN ALASAN untuk dia bermain judi. Sebaliknya usaha zahir ditingkatkan, bekerja lebih keras. Lebih-lebih lagi usaha rohaniah lebih-lebih lagi ditingkatkan. Semakin berat ujian dan masalah, semakin kuat Ronnie bermunajat dan berdoa kepada ALLAH. Semakin sukar ujian dan masalah, semakin banyak air matanya mengalir di hadapan ALLAH.

Berkat kesabarannya, ALLAH mempermudahkan segala urusannya. Sehinggalah dia mempunyai cukup wang untuk membuka perniagaan sendiri dan akhirnya mempunyai jaringan Global Halal Hub di Singapore, China dan Korea.

Ronnie Tan dilahirkan sebagai Kristian Katholik dan memeluk Islam di usia remaja dan dibuang keluarga. Setiap kali ada kesusahan, Ronnie hanya mengadu kepada ALLAH di sepertiga malam sambil air mata berlinangan. Dan ALLAH sahut pengaduan Ronnie.

Apabila kamu meletakkan syariat ALLAH mendahului kehendak makhluk, ALLAH akan menjadi pembela kepada diri mu. TETAPI jika kamu mengutamakan makhluk untuk membelakangi syariat ALLAH. ALLAH akan berlepas tangan dari diri mu. Maka jadilah kamu sehina-hina makhluk yang hidup di mukabumi.

Ronnie Tan, mulia dirinya kerana Islam. Bukan dengan kekayaan, bukan dengan ramainya pengikut, bukan dengan glamournya diri.

Anda bagaimana ?

Sumber:  Habiburrahman Hasbullah ( forum piss-ktb )




Gabung Komunitas PAS

Popular Posts